Saturday, August 18, 2012

Salam Hari Raya Eidul Fitri 1433H

Pesanan dariku untuk semua, janganlah kita korbankan Ramdhan yang kita lalui selama sebulan dengan hanya satu hari raya di Syawal. Teruskan legasinya dengan amalan-amalan yg berterusan. Kita berpeluang untuk berpuasa enam di bulan Syawal. Jangan ketinggalan ya teman-teman.



Apabila kita merai suasana gembira menyambut syawal tiba, jangan dilupa Ramadhan yang pergi berlalu meninggalkan kita. Sentiasalah juga kita ingat pada saudara-saudara kita di seluruh pelusuk yang kesempitan lagi hidup dalam kepayahan seumpama di Palestin, Syria, Rohingya, Somalia, Kashmir, Chechnya & banyak lagi. Sama-samalah kita panjatkan doa kita buat mereka dan jom kumpul duit raya untuk bantu mereka.

Ku susun satu persatu jari jemariku dengan rendah dirinya ku pohon maaf buat ummi, abah, adik-adikku yang amat ku rindui lagi dicintai, buat guru-guru yg amat dihormati, teman-temanku yang dikasihi, anak-anak yang disayangi dan semua yg mengenaliku.


Selamat menyambut hari Raya Eidil Fitri 1433H dariku Abu Hanzalah el-Masry di perantauan Mesir. Maaf zahir & Batin. Ini video raya tahun lepas. Maaf terutamanya pada ummi yg bertanyakan video raya tahun ini. Pada tahun ini tidak berkesempatan untuk video baru kerna krew-krew agak sibuk & ada yg pulang ke Malaysia.

Sunday, March 25, 2012

Penghormatan buat Hatim sahabat baikku.

Dari tinta seorang ayah (Pak cik Jeffri, ayah arwah Hatim)

Monolog: hasrat dihati adalah untuk menoktahkan kisah Hatim hanya pada entri lalu (Sesegar sebuah kenangan, semalar untaian doa). Bukan kerana sudah kehabisan cerita, namun kerana terlalu banyak untuk diceritakan. Namun Allah mentakdirkan sesuatu yang lain. Peristiwa hari ini menggerakkan hati untuk terus menukilkan, selagi ada pengajaran, terutama untuk kita yang telah ditinggalkan. Selamat membaca dan menggali hikmah.

-------------------------------

Hari ni ada di rumah Tok. Usai daurah semalam, shopping barang-barang dapur sikit, kemudian terus bergegas ke rumah Tok. Rasanya dah agak lama tak bermalam di rumah Tok, dua tiga minggu ni memang sibuknya lebih dari biasa. Ya Allah, sibukkanlah kami dengan perkara-perkara kebaikan.

Lepas temankan Tok sarapan, jemur kain di ampaian, sapu yang mana patut, sambil-sambil tengok lauk mentah untuk masak tengahari nanti. Suami keluar hantar kereta ke pusat servis.

Tak lama kemudian,suami balik. Tok ada di ruang tamu, mengaji. Suami terus mendapatkan saya yang berada di dapur.

"Tadi pak cik Jeffri telefon", kata suami membuka bicara.

Saya mendengar, menadah telinga, sambil menunggu suami meneruskan cerita.

"Pak cik kata dia baca cerita Hatim dalam blog", sambung suami.

"Hah, ye ke bang? Apa yang pak cik kata?", saya terkejut, lebih kepada risau. Risau kalau-kalau ada ayat-ayat dan bait-bait kata yang dinukilkan dalam teratak maya saya mengguris hati keluarga Hatim. Tambahan, saya tak sangka pak cik akan membaca coretan dalam blog saya ni.

"Pak cik kata, terima kasih sebab tulis tentang Hatim. Ada banyak perkara yang tak tertulis (oleh saya) dalam blog tu", cerita suami.

Ya, saya akui. Memang banyak yang tidak terlakar di sini, dengan hanya ziarah saya yang tidak sekerap mana, pastinya banyak kisah dan cerita yang saya ketinggalan. Namun saya amat berbesar hati apabila mengetahui pak cik sudi menelefon suami untuk berkongsikan kisah anakandanya yang dikasihi.

Melalui email suami, pak cik titipkan tintanya. Bukan niatnya untuk mendabik dada, jauh sekali untuk menjaja cerita. Pak cik menulis sebagai penghargaan kepada semua yang membaca dan mengikuti kisah anaknya, yang mendoakan mereka, dari setiap pelusuk dan ceruk berada. Pak cik berharap moga-moga pemergian anaknya memberi pengajaran kepada kita semua. Saya serahkan tinta ayahanda Hatim yang diamanahkan kepada kami, untuk disampaikan khusus untuk anda semua, yang membaca. Tinta ini dikekalkan keasliannya, tanpa ada sebarang perubahan.

---------------------------

TANDA-TANDA KEBESARAN ALLAH SEPANJANG 3 MINGGU BERSAMA ARWAH.

Tanda-tanda kebesaran Allah yang ditunjukkan sebagai pengiktibaran bagi kita insan yang masih hidup agar dapat mendekatkan diri kepada Allah seperti: